Kalah Menang



Mengumpat, bergosip, perkara sia-sia
tak membawa makna
selain membuka topeng manusia.
Baik yang bercakap atau yang dipercakapkan.

Tapi ramai manusia gemarkan aktiviti ini
Mungkin sebab sunyi, mungkin juga nak tunjuk hebat diri.
Ditambah pula dengan kewujudan internet,
ramai hero-hero papan kunci nak tunjuk kuat
berlawan, berdebat, masing-masing nak bersilat,
masing-masing nak menang,
masing-masing nak jadi badang.

Sampai badang kenyang makan muntah
Sampai silat berselirat
Kalah ada, menang pun ada
Makin banyak yang kalah dalam menegak kebenaran
Makin banyak yang menang dalam membuktikan kejahilan.


SHARE THIS

Author:

Himpunan kisah-kisah misteri dalam hidup manusia dan juga hantu.

Previous Post
Next Post