Hikayat Hantu Paku


Hantu paku adalah species hantu air yang tinggal di tebing-tebing sungai, di celah-celah pucuk paku dan pokok pakis bersama biniknya Paku Simen yang gemok dan dua ekor anak daranya yang ntahkan dara ntahkan tidak.
Seorang dari anaknya itu agak kurus kering, muka penuh jerawat batu dan berambut kerinting, dibuatnya dreadlocks, bernama Paku Payung manakala anak pompuan sulung beliau agak cun, berlesung pipit, berkulit sawo matang, tapi jongang, dinamakannya Paku Tekan.

Paku Tekan selalu merayu bapanya, Paku Kayu nak buat braces demi memperbetulkan gigi jongangnya dengan niat untuk melawakan diri, tapi antu paku yang kedekut lagi tamak lobe tu ckp, "no way, no tengo dinero para gastar para tus jongang dientes. Take it like it is, you got it from your mama, you got it from your mama." Begitulah jawaban penuh penghinaan yang kerap diberikan tiap kali si kakak meluahkan rasa hati dan setiap kali memandang wajahnya dicermin atau dalam air, PakuTekan selalu tertekan dengan kepiluan yang mengilukan gigi jongangnya dan kerana tekanan itulah, acap kali dia menangis sambil memaki gigi jongang itu. Dalam hati dia selalu berkata, “I swear, if my teeth would not be like this, for sure I would be looking millions times better than Rozita Che Wan." Dengan hampanya si kakak meninggalkan cermin lalu berangkat pergi membasuh kain di pinggir kali dengan harapan untuk dapat melupakan kesedihan yang memukul hatinya yang sunyi.

Paku Tekan cuba menghiburkan hati dan mereleasekan tensionnya dengan membasuh kain sambil bernyanyi- nyanyi sendirian...
"Bawa aku pergi, pacu laju-laju kita lari dr realiti...bawa aku pergi, pacu laju lagi, malah kita tak perlu kembali..."
Itu lah lagu yang diulang-ulangnya... Oh lupa nak bagitau, dia bawak radio kaset kecik hadiah dari ex-boyfriendnya waktu bercinta dulu... cinta terlarang sebab si ex bf merupakan species antu susu, mok iye tak kasi kawan malah dengan riak dan bangga mengahwinkan si ex bf dengan anak gadis hantu kopek yang dah enam tujuh kali lapan menjanda, demi membuktikan kuasa wang dapat membeli apa saja termasuklah cinta. Si ex bf  terpaksa akur atas permintaan keluarga... hmm lagipun anak antu kopek tu hot... standard la nama pon antu kopek, mesti barang pon power...

Diteruskan cerita, datanglah si adik bukan dengan niat nak menolong tapi dengan niat nak nganjing dan menghina si kakak (dorang bedua ni mmg tak ngam).

"Oi jongang, can you stop repeating that crappy song please, better listen to this, Bob Marley, hoyyyy yaaaa reggae sampai pagi."
Dengan selamba dan tanpa was-was dia mengeluarkan kaset kakaknya dari player tu lalu menukarkan dgn kaset Bob Marley. Sambil tersenyum sinis dia memandang kaset kakaknya seraya berkata,
"huh, what the hell is this, low-class," dan tanpa rasa ragu apalagi rasa bersalah dia mencampakkan kaset tersebut ke dalam sungai. Si kakak tergamam dengan perbuatan kurang ajar si adik lalu dengan menggunakan super power gigi jongangnya, dia terus menggigit telinga si paku Payung hingga putus. Tapi memang in the gene and DNA antu paku, tiap sel rosak automatically healed dalam tempoh patplohpat saat, so no worries… telinga tumbuh balik.

Si kakak terjun ke dalam sungai dan menyelam, cuba mencari kaset yang dicampak adiknya sebentar tadi. Hasil usaha gigih beliau, akhirnya kaset berjaya ditemui. Dengan perasaan gembira dan penuh harapan, dia cuba memainkan kaset tersebut tapi malangnya pita dah kaputt dibasahi air... dia merasa amat terkilan dan sedih, kerana kaset dan radio kecil itulah satu-satunya hadiah yang pernah dia terima dari abang ex bf, selama lapan tahun bercinta macan nak rak. Kata si ex bf kaset itu adalah lambang cinta mereka yang terhalang. Dalam hati dia memaki, "sial punye adik. Dah la muka hodoh perangai cam bangang."

Dia mengeluh geram lantas mencapai telefon tak berapa nak pintar yang baru dibeli di Pasar Pudu, jenama ‘Samseng Galaktika Nota 7’ lalu meWhatsapp ex bfnya.

"Oi abang, kaset ko bagi si hamlau tu jahanamkan."                                                        
“Ohhh ye ke, jahanam punye hamlau, nanti abang ganti lain ye, amor."                                 
"Ada lagi ke jual kaset tu bang?"                                                                                      
"Kaset tak de kot, dah pupus tapi aritu abang g pasar malam ada nampak album tu kat kedai cina jual DVD blue. Alah kalau takde pun, nanti abang download torrent je album tu ok. Zaman sekarang mana ada orang pakai kaset lagi sayang oiii." 

"Tekan tau bang, tapi aku mana ada dinero nak beli mp3, PSP, mp4, play station tu semua. Ko kaya, pe kata ko belikan aku satu."

 "Aku nak belikan memang boleh, tapi ko taula binik aku si kopek tu, buku bank aku dikontrolnye. Kad bank, Amex, Visa, kad Tesco, kad Makro, kad klinik, kad menicura pedicura, malah My card abang dengan pin nombor sume dia yang pegang. Nantila aku usahakan. Aku sayang ko lagi tau, ingat tau ...ni rahsia jangan bagitau mak. Nanti mak aku block semua harta tak kasi letak nama aku. Susah jadi anak load ni mi amor..." kata Si Cheesy dengan penuh riak dan bangga.
"Hmmm…” Paku Tekan tertekan lagi mendengar jawaban itu. Dia tau, dia tak setaraf dengan antu susu dan antu kopek yang kaya raya hasil bisnes susu mereka yang lumayan. Apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan bisnes paku pakis dan kangkung sungai.  Malah bisnes paku rumah pun tak berapa nak jalan sekarang ni sebab ramai yang beli simen daripada beli paku.
“Haiapalah nasib aku…” terasa hatinya menangis lagi when the conversation finally and sadly stopped there.

Tak tahu apa nak dibuatnya petang-petang yang agak panas itu, lalu Paku Tekan duduk di atas dahan pohon rendang dekat dengan jetty sambil bermain seruling, itulah aktiviti beliau tiap petang sejak single ni kalau tidak asik melekat, melahu dengan anak antu susu, si Cheesy tu je kejenye. Sebenarnya luka di hati semenjak Cheesy dijodohkan dengan Creamer telah lama terubat, katanya time will always heals the pain. Walaupun kadang-kadang kesunyian memalu hati, tapi Paku Tekan pasrah dan menerima ketentuan ini dengan hati yang tabah. Dia tahu, hujan pasti berhenti dan penderitaan tak kan berakhir selamanya. So, apa yang penting happy katanya. Lagipun selama dia bercinta dengan Cheesy sebenarnya dia ada rasa bosan dan bengang dengan sikap gelojoh, busuk sesuai dengan nama dia, dan kurang peka Cheesy ditambah pula dengan keegoan dan riak bangga diri sebagai anak tunggal, spoilt brat antu susu, si hartawan. Dah tu kedekut, bakhil pulak, semua cukup, satu keluarga terkenal dengan sikap angkuh, sombong, tamak haloba dan materialistik. Tapi cinta dah membutakan Paku Tekan. Kerana cinta, dia terima Cheesy tanpa syarat. Tapi itu dulu. Sekarang Paku Tekan makin matang dalam menafsir makna cinta. Dia gembira dengan kehidupannya sekarang, serba sederhana. Memiliki hati yang baik buat dia selalu rasa aman dan ceria.

Sambil memikirkan tentang masa depan, dia melihat bayang-bayang wajahnya di air sungai yang jernih mengalir tenang. Hati Paku Tekan rasa kecewa bila refleksi giginya lebih jelas dari wajahnya sendiri.

"Gigi jongang ni dah mengkhianati kejelitaanku," bisiknya dalam hati tapi khayalannya mati di situ bila dari jauh kelihatan sebuah kapal yang cantik perlahan-lahan berlabuh menuju jetty. Dia melihat ramai manusia, jantan betina sibuk berkompol beramai-beramai menunggu berlabuhnya kapal tersebut.

"Bongoknye manusia, cam tak penah ada kapal port kt sini."
Dia menghina spesis manusia dalam hati. Tapi dalam hinaan itu, sebenarnya dia turut excited dan ada perasaan ingin tahu pehal kapal besar tu port kt koboi town ni. Intelektualnya bertindak pantas lalu mendapati itu adalah kapal diraja, patutlah masing-masing cam beruk mokyeh, nak sambut raja rupanya.
“Whatev....” Dia ngomel dlm hati, lalu seruling ditiup lagi, kali ini dlm irama jazz ala ala Sinatra dan Ella Fitzgerald...’Can't We Be Friends'.

Dalam keasyikan meniup seruling bambu itu, tiba-tiba hembusan serulingnya secara automatic terhenti bila matanya yang hijau kemerah-merahan menangkap sesusuk tubuh solid dan empuk yang berdiri di jetty menikmati keindahan matahari terbenam, ala ala Rose DeWitt Bukater dalam filem Titanic.

"Mak aiiii lawanye manusia tu... huh sial tol, lawa, lawa, lawa... jadi awek aku pon best ni:" Tiba-tiba hatinya melonjak gembira dan dalam masa yang sama keterujaan bertambah bila seorang lelaki yang berpakaian serba kuning, melambangkan darah diraja beliau, menghampiri awek cun tersebut. Lelaki yang agak rendah berbanding awek cun tadi berkumis tebal dan berambut panjang ala ala Slash Guns and Roses. Kelihatan amat poyo, lelaki tersebut mengambil kasar tangan si awek cun.
Dengan kuasa telinga ultra sensitive antu paku, dia dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka.    
                       
"Tak berapa bulan lagi ang resmi jadik binik aku. Ang jangan nak macam-macam. Depan mak ayah aku ang pretend sayang kat aku,  kalau tak nahas ang."
Dengan penuh kuasa diraja si jantan memberi warning.

Apa punya hamlau la, bisik hati antu paku yang mula terusik dengan kejelitaan awek cun yang solid molid tu hingga dia terlupa siapa dirinya yang sebenar.
                                 
"Memang hamjak mung. Mung ingat aku takut ke mok ayoh mung? Aku dok hingin kawing ke mung, dari aku sekse kawin ke mung, baik aku g mapuh terjun sunga ni."
"Ha hua hua... terjun la kalu ang brani. Cakap lawa konon." Balas si poyo sambil menjuihkan bibirnya yang tebal.                                                                                         
"Memang dasar beruk mok yeh mung ni. Name je anok raje, perangai cang siamang goh. Bodo mung ni."
Si puteri raja pon berlalu meninggalkan si putera raja yg masih tersengih sorang-sorang cam kerang busuk. Hatinya gembira kerana dia mampu tanpa menggunakan otak untuk menyalahgunakan kuasa.



SHARE THIS

Author:

Himpunan kisah-kisah misteri dalam hidup manusia dan juga hantu.

Previous Post
First